Sunday 29 July 2018

PROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDU

PROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDUPROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDU

1. Proses Penyediaan dan Kemasukan

Proses penyediaan dan kemasukan ini bertujuan untuk mengurangkan penentangan klien. Ini bermakna para kaunselor perlulah meningkatkan aras kepercayaan klien terhadapnya supaya klien mudah untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah. Selain itu, kaunselor hendaklah menunjukkan muka berseri dan kedudukan tubuh badan(posture) kaunselor hendaklah sesuai. Semasa sesi kaunseling, kaunselor tidak digalakkan menggunakan soalan-soalan yang boleh menakutkan klien. Sebagai contoh, kaunselor boleh menggunakan ayat, “Ada sesuatu yang saudari ingin kongsi kepada saya?”. Perkara ini akan membuatkan klien lebih tenang dan tidak ketakutan.

2. Proses Penjelasan

Pada peringkat ini, kaunselor akan mula cuba bertanya untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang klien hadapi. Pada peringkat ini juga, kaunselor akan menggunakan soalan-soalan berbentuk terbuka untuk mendapatkan jawapan dan maklumat yang lebih mendalam. Selain itu, pada peringkat ini juga, kaunselor akan mengurangkan soalan jenis tertutup kerana soalan jenis ini tidak mendorong klien untuk bercakap.d

3. Proses Struktur 

Pada tahap ini pula, kaunselor dan klien akan menentukan sama ada perhubungan mereka atau sesi kaunseling ini boleh diteruskan atau pun tidak. Ini bermksud, kaunselor akan bertanya pada dirinya adakah dia mampu untuk membimbing kliennya, bolehkah beliau memenuhi harapan klien dan adakah klien akan berasa selesa dengannya. Klien pula akan bertanya kepada dirinya sendiri, adakah kaunselor itu boleh dipercayai, dan bersediakah dia untuk menjalankan sesi kaunseling. Dalam proses ini juga kontrak akan dibuat. Kontrak ialah suatu persetujuan yang dibuat oleh kaunselor dan klien. Kontrak itu akan mengandungi persetujuan mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan dan akan bertanggungjawab mencapai matlamat tersebut.

4. Proses Perhubungan

Pada peringkat ini, proses perhubungan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaunselor dan klien. Dalam perbincangan antara kaunselor dengan klien, kemungkinan akan berlaku kesenyapan dan klien mula berasa tidak selesa. Selain itu, kemungkinan juga aras kepercayaan klien pada kaunselor belum kuat yang menyebabkan klien tidak berasa selesa. Walau bagaimanapun, kaunselor perlu berusaha untuk meyakinkan klien bahawa beliau boleh dipercayai dan menjadikan klien lebih selesa dengannya.






5. Proses Penerokaan

Sewaktu berada di peringkat ini, kaunselor sudah mula memahami siapa sebenarnya klien beliau. Jadinya pada peringkat ini kaunselor akan mula memikirkan apakah perubahan-perubahan yang perlu dilalui oleh klien dan apakah strategi yang boleh digunakan untuk membantu klien. Namun selepas hasil penerokaan, sesetengah klien berasa yang masalahnya tidak boleh selesai, jadinya dia boleh memilih sama ada untuk mengurangkan penerokaan, meneruskan penerokaan atau menamatkan sahaja penerokaan dan mencari kaunselor yang baru.

6. Proses Pengukuhan

Pada tahap ini, klien akan menjelaskan dan menerangkan dengan lebih teliti tentang perasaannya dan menentukan alternatif lain serta mengamalkan kemahiran- kemahiran yang baru.

7. Proses Perancangan

Pada peringkat ini, rancangan tindakan yang khusus perlu dilaksanakan sama ada rancangan untuk meneruskan atau menamatkan sesi kaunseling.

8. Proses Penamatan

Pada peringkat ini, setelah mendapati klien boleh berdikari dan yakin terhadap tindakan yang diambil, kaunselor berhak untuk menamatkan sesi kaunseling yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN DAN RUJUKAN BIMBINGAN & KAUNSELING

RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Rumusan yang diperoleh dalam mempelajari mata pelajaran bimbingan dan kaunseling ialah dengan adanya p...