Sunday 29 July 2018

MATLAMAT KAUNSELING





MATLAMAT KAUNSELING

•Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif

Kaunseling dapat membantu mengubah tingkah laku kehidupan yang lebih produktif
kerana apabila berlakunya sesi kaunseling, para kaunselor akan membantu 
kliennya untuk menyelesaikan masalah. Dalam pada masa yang sama para 
kaunselor juga akan memberi serba sedikit nasihat atau cadangan kepada kliennya 
untuk meruskan kehidupan dan sekali gus mampu mengubah tingkah laku mereka 
kepada kehidupan yang lebih produktif.

Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain

Dalam sesi kaunseling juga ianya mampu untuk membantu klien memulakan dan 
meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain. Sebagai contoh, ada seorang 
klien yang mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang sekeliling dan hanya menjadi orang yang
pasif bila bercampur dengan orang lain. Jadinya, klien tersebut meluahkan 
kepada kaunselor dan kaunselor akan mengambil tindakan untuk memulakan sesi 
kaunseling bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kliennya tersebut.
Jadinya, para kaunselor akan menyelesaikan masalah kliennya tersebut dengan mendengar,
memahami dan memberi cadangan atau nasihat kepada kliennya. Melalui sesi kaunseling inilah, 
klien tersebut mampu untuk menambahkan keyakinan klien itu untuk memulakan dan 
meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain.

•Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif

Sesi kaunseling dapat membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif ialah apabila 
seseorang itu mempunyai masalah seperti berasa sedih, tertekan, gelisah dan tidak tahu 
untuk menguruskan kehidupannya, dia berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bantuan
bagi menyelesaikan masalahnya tersebut. Dalam pada masa yang sama, pihak kaunselor 
akan berusaha untuk membantu kliennya itu untuk menyelesaikan masalahnya. Kaunselor 
akan membantu kliennya melalui cara memberi nasihat dan cadangan kepada klien secara 
berkesan. Melalui kaunseling ini benarlah bahawa ianya dapat membantu klien mengurus diri 
dengan lebih efektif.

•Membantu klien untuk membuat keputusan secara rasional

Sesi kaunseling bukan sahaja untuk kita meluahkan perasaan atau menceritakan masalah
 kepada kaunselor, malahan dalam sesi kaunseling juga kita boleh meminta pendapat pada 
kaunselor untuk membuat keputusan secara rasional. Ini bermakna, jika seseorang itu tidak
tahu atau keliru ketika ingin membuat keputusan, dia boleh terus berjumpa kepada 
kaunseling. Sesetengah orang akan membuat keputusan ikut kehendak dan terburu-buru 
tanpa memikirkan kesannya. Jadinya, untuk langkah yang lebih selamat, seseorang itu 
perlulah berjumpa kaunselor untuk meminta pendapat atau berbincanag dengan kaunselor 
untuk membuat keputusan secara tepat dan memberi kesan yang baik pada akhirnya. Maka 
benarlah bahawa membuat keputusan dengan ada bantuan dari para kaunselor adalah 
lebih baik daripada membuat keputusan sendiri.

•Membantu dalam penyelesaian konflik

Sesetengah orang akan mempunyai masalah dengan orang lain. Dalam pada masa yang sama
akan berlakunya konflik antara mereka. Namun begitu, melalui sesi kaunseling kita pasti 
bahawa ketegangan antara seseorang individu dan individu lain pasti akan dapat dikurangkan. 
Hal ini kerana para kaunselor akan membantu untuk menyelesaikan masalah antara 
kedua-duanya. Sebagai contoh. Kaunselor akan menasihati klien-kliennya agar dapat
menerima perbezaan antara satu sama lain. Para kaunselor juga akan berusaha untuk
memberi nasihat dan cadangan kepada klien-kliennya agar mereka dapat lebih bersifat 
terbuka dan menerima orang lain dalam hidup mereka. Jadinya, benarlah melalui kaunseling 
dapat membantu dalam menyelesaikan konflik.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN DAN RUJUKAN BIMBINGAN & KAUNSELING

RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Rumusan yang diperoleh dalam mempelajari mata pelajaran bimbingan dan kaunseling ialah dengan adanya p...