Sunday 29 July 2018

PRINSIP-PRINSIP , KEPENTINGAN, ETIKA & JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING


1) Peluang
Setiap orang berpeluang untuk mendapatkan sesi kaunseling. Bukan orang sahaja orang yang
bermasalah malahan orang yang tidak bermasalah berpeluang untuk mendapatkan kaunseling yang
sama rata. Ini bermakna bukan orang yang mempunyai masalah sahaja yang boleh mendapatlkan sesi
kaunseling. Selain itu, sesi kaunseling juga tidak mengira kaum, latar belakang, agama, kepercayaan
dan status sosial. Maksudnya di sini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan sesi kaunseling tanpa
mengambil kira bangsa, kaum, latar belakang dan sebagainya

2) Tanggungjawab bersama
Dalam setiap sesi kaunseling, kaunselor dan klien perlu mengetahui tanggungjawab mereka antara
satu sama lain. Pihak kaunselor dan klien perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memudahkan
lagi urusan kaunseling. Sebagai contoh, pihak kaunselor perlu sedar bahawa beliau bertanggungjawab
untuk membantu menyelesaikan masalah klien manakala klien pula perlu sedar bahawa dia
bertanggungjawab sebagai klien agar sesi kaunseling berjalan lancar tanpa berlakunya masalah.

3) Hubungan mesra dan kepercayaan.
Berbalik kepada definisi kaunseling iaitu interaksi antara kaunselor dengan klien berdasarkan prinsip
hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur. Hal ini bermaksud bahawa pihak kaunselor perlulah
membina hubungan mesra antara kaunselor dengan klien kerana apabila berlakunya kemesraan antara
satu sama lain pasti akan wujudya kepercayaa. Apabila wujudnya kepercayaan, bermula dari sinilah
klien akan lebih yakin untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalahnya kepada kaunselor.

4) Tidak boleh dipaksa
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya diberikan kepada individu yang sukarela untuk
mendapatkan kaunseling. Kita sebagai pihak kaunselor tidak berhak untuk memaksa setiap individu
untuk mendapatkan sesi kaunseling. Hal ini kerana apabila kita memaksa individu tersebut, maka dia
akan merasakan bahawa kaunselor tersebut tidak dapat memahami dirinya dan tidak mampu untuk
membantunya menyelesaikan masalah. Setiap individu diberi peluang dan ruang sama ada untuk
menggunakan perkhidmatan kaunseling atau tidak tanpa ada sebarang paksaan.

5) Dijalankan di dalam bilik khas.
Sesi kaunseling akan dijalankan di tempat yang khas bukan tempat sembarangan. Hal ini kerana sesi
kaunseling hanya boleh dijalankan atau diselesaikan antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik
khas yang telah disediakan. Bilik kaunselingnya perlulah tertutup dan tidak terbuka sehingga orang
ramai boleh melihat keadaan kaunselor dan kliennya yang sedang berbincang. Suasana bilik yang
disediakan tersebut juga perlulah dalam keadaan selesa tanpa ada gangguan supaya dapat memberi
keselesaan ketika sesi kaunseling dijalankan.


6) Mengikut prosedur atau tatacara.
Perkhidmatan kaunseling ini perlu dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur yang 
ditetapkan. Sesi kaunseling ini hanya akan berkesan apabila ianya dirancang secara sistematik dan
teratur. Apabila sesi kaunseling dijalankan tidak mngikut prosedur yang ditetapkan, kemungkinan
sesi kaunseling tersebut tidak dapat dijalankan dengan baik.

7) Diurus mengikut etika.
Setiap sesi kaunseling akan dijalankan mengikut etika yang ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk
memelihara hak klien. Ini bermakna maklumat-maklumat klien yang ada pada kaunselor adalah sulit
dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama bukan pihak sembarangan. Jika maklumat
klien didedahkan kepada orang lain maka ianya dikira hak klien tersebut tidak dijaga sebaiknya dan
akan menjadikan klien tersebut tidak lagi mempercayai perkhidmatan kaunseling yang diadakan.

8) Dijalankan dalam situasi persendirian.
Perkhidmatan kaunseling ini sebaiknya dijalankan dalam situasi persendirian. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan klien kita rasa terganggu apabila terlalu ramai orang. Selain itu, apabila sesi kaunseling
ini dijalan secara persendirian, klien akan lebih rasa yakin, selesa dan tidak malu untuk menceritakan
masalahnya kepada kaunselor berbanding dengan adanya ramai orang di sekeliling.

9)Merancang tindakan susulan.
Setiap tindakan susulan akan dirancangkan selepas proses perkhidmatan kaunseling. Hal ini bertujuan
untuk memastikan masalah apa yang dihadapi oleh klien. Selepas mendengar, memahami, dan 
berbincang, setiap kaunselor akan membuat tindakan susulan sebaik yang mungkin tanpa terburu
buru. Ini bagi memastikan kaunselor dapat mengelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh klien
dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

10)Diuruskan oleh kaunselor bertauliah.

Perkhidmatan kaunseling ini perlulah dijalankan oleh para kaunselor yang bertauliah. Sebagai contoh,
guru-guru atau orang yang berupaya untuk membimbing klien menyelesaikan masalah. Untuk
memastikan sama ada seseirang kaunselor itu bertauliah atau tidak adalah melalui sijil pertauliahan.
Setiap kaunselor yang bertauliah akan dikurniakan sijil bagi menjalankan sesi kaunseling.
Ini bermakna perkhidmatan kaunseling ini tidak boleh dijalankan oleh orang sembarangan.



KEPENTINGAN KAUNSELING

⧫Membantu memberi penyelesaian dan memberi bantuan kepada klien.
⧫Membantu menyelesaikan masalah secara profesional.
⧫Memberi nasihat dan bantuan kepada yang memerlukan.
⧫Merupakan sumber maklumat yang boleh dipercayai.
⧫Dapat meningkatkan konsep keyakinan diri klien.

ETIKA KAUNSELING

➤Meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.
➤Menjaga tatalaku demi memelihara profesion kaunseling.
➤Bertanggungjawab terhadap klien dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien.
➤Menjaga kerahsiaan
➤Penjelasan mengenai batasan
➤Menghormati hak-hak klien.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING

↪ Kaunseling Individu
↪ Kaunseling Kelompok
↪ Kaunseling Kerjaya
↪ Kaunseling Keluarga

↪ Kaunseling Perkahwinan

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN DAN RUJUKAN BIMBINGAN & KAUNSELING

RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Rumusan yang diperoleh dalam mempelajari mata pelajaran bimbingan dan kaunseling ialah dengan adanya p...