Sunday 29 July 2018

RUMUSAN DAN RUJUKAN BIMBINGAN & KAUNSELING


RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Rumusan yang diperoleh dalam mempelajari mata pelajaran bimbingan dan kaunseling ialah dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kita sebagai kaunselor mampu untuk menolong pelajar untuk memahami dan mengawal diri. Selain itu, kita juga sebagai kaunselor mampu untuk membimbing pelajar dalam membuat keputusan agar keputusan yang mereka buat tepat dan memberi kesan yang baik kepada individu. Seterusnya, dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, masalah individu mampu diselesaikan dengan cara yang berkesan. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting untuk membantu masalah yang dihadapi oleh individu.


RUJUKAN

  1.  Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti, 2011, Perkhidmatan Bimbingan &     Kaunseling, Selangor Darul Ehsan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING



Setiap kaunselor di sekolah perlulah mempunyai kemahiran asas sebelum menjalankan sesi bimbingan dan kauseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan bagi melicinkan lagi sesi kaunseling antara kaunselor dan klien. Antara kemahiran asas tersebut ialah :

l Tingkah laku memberi perhatian.

Setiap kaunselor perlulah mampu untuk memberi perhatian yang teliti serta peka terhadap klien. Hal ini akan membuatkan kaunselor dapat memahami dengan lebih mendalam lagi masalah klien. Selain itu, dalam situasi sebegini klien akan lebih rasa hormat dan selamat dan tidak berasa ragu-ragu. Melalui tingkah laku kaunselor yang memberi perhatian terhadap kliennya juga akan membantu menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain.

Terdapat beberapa komponen tingkah laku yang mampu memberi perhatian.

-Kedudukan tubuh badan (posture) kaunselor
Kedudukan kaunselor perlulah berada dalam keadaan condong ke hadapan iaitu mengahadap ke arah klien. Perkara ini penting bagi menunjukkan yang kaunselor itu berminat untuk mendengar masalah klien. Namun, dari semasa ke semasa kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keselesaan dan ketenangan.

-Ekspresi muka
Setiap orang mempunyai ekspresi muka yang tersendiri. Namun sebagai seorang kaunselor, ekspresi muka perlulah sentiasa dalam keadaan berseri. Hal ini penting bagi menunjukkan bahawa kaunselor tersebut berminat dan bersedia untuk menerima klien. Jika ekspresi muka kaunselor kelihatan masam, ini boleh membuatkan klien rasa terganggu.

-Tentangan mata
Setiap kaunselor yang melakukan sesi kaunseling perlulah melakukan tentangan mata terhadap klien. Perkara ini akan menunjukkan bahawa kaunselor tertarik dengan cerita atau masalah yang diluahkan oleh klien. Walau bagaimanapun, kaunselor perlulah mengalihkan pandangan matanya jika didapati kliennya berasa malu.

-Dorongan minimum untuk bercakap
Dorongan minimum di sini termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal, perwatakan badan atau ulangan perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien. Dorongan minimum ini sangat penting bagi menggalakkan klien itu terus bercakap dan tidak mendiamkan diri.


Skala Kadar : Tingkah Laku Memberi Perhatian

-Tentangan mata
1. Kurang memberi perhatian, kurang tentangan mata.
2. Tentangan mata konsisten.
3. Perhatian teliti, mengubah penggunaan tentangan mata dan sering memberi perhatian penuh terhadap klien.

-Kedudukan tubuh badan, pergerakan dan gerak-geri
1. Tegang, kurang selesa.
2. Terlalu tenang.
3. Selesa, memberikan perhatian penuh, gerak geri munasabah.

-Kadar pertuturan dan nada suara.
1. Terlalu lambat atau cepat, nada suara tidak berubah.
2. Teragak-agak, kurang pasti.
3. Kadar pertuturan yang sesuai.


Kemahiran Mendengar

Setiap orang akan ada masalah seperti berasa sedih, tertekan dengan kehidupan ataupun gelisah. Dalam situasi seperti ini, kita akan memerlukan seseorang untuk medengar masalah dan membantu kita dalam menyelesaikan masalah begitu juga dengan orang lain.

Sebagai seorang kaunselor, kita perlulah belajar kemahiran mendengar iaitu bagaimana cara untuk mendengar dengan berkesan sebelum bertindak membantu klien menyelesaikan masalahnya. Setiap sesi kaunseling dijalankan, para kaunselor perlulah mendengar secara aktif bukan secara pasif. Mendengar secara aktif bermaksud kaunselor bukan sahaja mendengar masalah klien tetapi kaunselor perlu memahami perasaan klien dengan lebih mendalam. Kemahiran mendengar secara aktif ini boleh diibaratkan kaunselor tersebut bersama sama masuk ke dalam dunia kliennya. Kaunselor tidak boleh mengetepikan apa yang diceritakan oleh klien dengan hanya berkata, “Saya faham akan perasaan anda”, tetapi kaunselor perlu merasakan apa yang dirasakan oleh klien. Hal ini disebut sebagai kemahiran mendengar secara empati.

Dengan adanya kemahiran mendengar dalam diri kaunselor, kaunselor dapat membuktikan kepada klien bahawa beliau telah mendengar, memahami serta menerima apa jua yang disampaikan kepadanya. Seterusnya, kemahiran mendengar secaraaktif ini membawa kepada dua kebaikan iaitu membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut dan membolehkan individu itu meluahkan masalah yang dihadapinya serta hal ini akan membawa kepada pelepasan emosi.

Kemahiran Menyoal

Setiap kaunselor perlulah membaiki kemahiran menyoal yang dimilik dalam diri mereka. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kaunselor mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu masalah klien.

Untuk membaiki lagi kemahiran menyoal, para kaunselor perlulah mengetahui jenis-jenis soalan yang boleh dikemukakan. Terdapat dua jenis soalan yang boleh dikemukakan oleh kaunselor iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan tertutup biasanya menggunakan perkatan “ya” atau “tidak” manakala soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien.

Soalan tertutup tidak menggalakkan klien menghuraikan tentang sesuatu jika dibandingkan dengan soalan terbuka kerana soalan tertutup membolehkan maklumat yang didapati oleh kaunselor terhad. Sebaliknya, soalan tebuka akan membolehkan kaunselor memperoleh banyak maklumat. Jadinya, seseorang kaunselor perlu berusaha untuk mengemukakan lebih banyak soalan terbuka berbanding dengan soalan tertutup. Melalui soalan terbuka, kaunselor akan mendapat maklumat yang mencukupi dan mampu untuk membentuk gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh klien.

Oleh itu, setiap kaunselor perlu menggunakan lebih banyak soalan terbuka berbanding dengan soalan tertutup kerana maklumat yang mencukupi boleh didapati daripad soalan terbuka yang diajukan oleh kaunselor dan perkara ini memudahkan kaunselor mengenali masalah klien sekali gus menyelesaikan masalah klien.

Kemahiran Memahami

Sebagai kaunselor, kita hendaklah berusaha untuk memahami masalah klien bukan sahaja mendengar masalahnya. Seseorang kaunselor perlu memahami masalah kliennya sebelum menyelesaikannya. Hal ini kerana terdapat sesetengah kaunselor hanya mendengar masalah kliennya dan tergesa-gesa untuk menyelesaikannya. Perkara seperti ini tidak dapat membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.

Para kaunselor seharusnya memahami dengan teliti masalah yang dihadapi oleh klien. Hal ini kerana apabila kaunselor mendengar dengan teliti masalah klien, barulah mereka boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh klien. Dalam keadaan seperti, barulah kaunselor boleh membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya.

Kemahiran Berempati

Kemahiran berempati disini membawa maksud kemahiran kaunselor cuba memahami serta merasai apa ayang dirasakan oleh kliennya. Kemahiran ini sangat penting kerana dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien dan dia juga merasai perasaan yang dialami oleh kliennya.

Kemahiran berempati kaunselor mampu untuk membentuk gambaran kepada klien yang kaunselor telah pun memahami masalah, idea dan perasaannya. Perkara ini juga mampu mendorong klien untuk menceritakan lebih lanjut masalahnya. Apabila kaunselor sudah mengetahui dan memahami segala maklumat yang disampaikan oleh klien, barulah kaunselor berada dalam keadaan yang baik untuk menyelesaikan masalah kliennya.

Pemberian Nasihat

Ramai orang pada usia remaja akan menjalankan aktiviti mengikut keamahuan mereka sendiri tanpa mendengar nasihat daripada orang dewasa. Jadinya jika kaunselor hanya memberikan nasihat pada kliennya mungkin nasihat tersebut tidak diterima dengan mudah oleh kliennya.

Kemahiran pemberian nasihat ini merupakan teknik-teknik yang sama dengan teknik pujukan. Dalam sesi kaunseling, seeloknya para kaunselor menerokai sesuatu strategi penyelesaian masalah dengan klien. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mengahdapi masalah dalam pembelajaran, kaunselor tidak boleh terlalu cepat untuk mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Hal ini kerana cadangan seperti ini tidak memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling.

Jadinya, kaunselor perlulah menerokai masalah pelajar dengan bertanyakan apa yang dia boleh buat untuk memperbaiki pencapaiannya dalam pembejaran. Kaunselor tidak disarankan untuk terburu-buru dalam memberikan cadangan atau nasihat kerana kemungkinan akan menambahkan lagi masalah kliennya.

Kemahiran Ketika Ini (Immediacy)

Kemahiran ketika ini membawa maksud setiap kaunselor dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, apabila klien cuba melihat jam tangan beberapa kali, kemungkinan dia sudah berasa bosan dengan sesi kaunseling yang panjang itu.

Sebenarnya, kemahiran ketika ini/immediacy merupakan suatu pengakuan tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Kemahiran ketika ini perlulah digunakan secara berwaspada kerana ianya boleh mengganggu perasaan klien.

Kemahiran Membuat Rumusan

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses menggulung segala perbincangan yang dilakukan oleh kaunselor dan klien dalam sesi kaunseling. Hal ini kerana membuat rumusan merupakan cara untuk menamatkan sesi kaunseling. Dalam membuat rumusan, perkara-perkara yang penting akan diutamakan. Dengan membuat rumusan, para kaunselor mampu untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang kliennya dan membantunya untuk menyelesaikan masalah serta membantu kaunselor meninjau kemajuan yang dicapai oleh kliennya.

PROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDU

PROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDUPROSES-PROSES KAUNSELING INDIVIDU

1. Proses Penyediaan dan Kemasukan

Proses penyediaan dan kemasukan ini bertujuan untuk mengurangkan penentangan klien. Ini bermakna para kaunselor perlulah meningkatkan aras kepercayaan klien terhadapnya supaya klien mudah untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah. Selain itu, kaunselor hendaklah menunjukkan muka berseri dan kedudukan tubuh badan(posture) kaunselor hendaklah sesuai. Semasa sesi kaunseling, kaunselor tidak digalakkan menggunakan soalan-soalan yang boleh menakutkan klien. Sebagai contoh, kaunselor boleh menggunakan ayat, “Ada sesuatu yang saudari ingin kongsi kepada saya?”. Perkara ini akan membuatkan klien lebih tenang dan tidak ketakutan.

2. Proses Penjelasan

Pada peringkat ini, kaunselor akan mula cuba bertanya untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang klien hadapi. Pada peringkat ini juga, kaunselor akan menggunakan soalan-soalan berbentuk terbuka untuk mendapatkan jawapan dan maklumat yang lebih mendalam. Selain itu, pada peringkat ini juga, kaunselor akan mengurangkan soalan jenis tertutup kerana soalan jenis ini tidak mendorong klien untuk bercakap.d

3. Proses Struktur 

Pada tahap ini pula, kaunselor dan klien akan menentukan sama ada perhubungan mereka atau sesi kaunseling ini boleh diteruskan atau pun tidak. Ini bermksud, kaunselor akan bertanya pada dirinya adakah dia mampu untuk membimbing kliennya, bolehkah beliau memenuhi harapan klien dan adakah klien akan berasa selesa dengannya. Klien pula akan bertanya kepada dirinya sendiri, adakah kaunselor itu boleh dipercayai, dan bersediakah dia untuk menjalankan sesi kaunseling. Dalam proses ini juga kontrak akan dibuat. Kontrak ialah suatu persetujuan yang dibuat oleh kaunselor dan klien. Kontrak itu akan mengandungi persetujuan mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan dan akan bertanggungjawab mencapai matlamat tersebut.

4. Proses Perhubungan

Pada peringkat ini, proses perhubungan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaunselor dan klien. Dalam perbincangan antara kaunselor dengan klien, kemungkinan akan berlaku kesenyapan dan klien mula berasa tidak selesa. Selain itu, kemungkinan juga aras kepercayaan klien pada kaunselor belum kuat yang menyebabkan klien tidak berasa selesa. Walau bagaimanapun, kaunselor perlu berusaha untuk meyakinkan klien bahawa beliau boleh dipercayai dan menjadikan klien lebih selesa dengannya.






5. Proses Penerokaan

Sewaktu berada di peringkat ini, kaunselor sudah mula memahami siapa sebenarnya klien beliau. Jadinya pada peringkat ini kaunselor akan mula memikirkan apakah perubahan-perubahan yang perlu dilalui oleh klien dan apakah strategi yang boleh digunakan untuk membantu klien. Namun selepas hasil penerokaan, sesetengah klien berasa yang masalahnya tidak boleh selesai, jadinya dia boleh memilih sama ada untuk mengurangkan penerokaan, meneruskan penerokaan atau menamatkan sahaja penerokaan dan mencari kaunselor yang baru.

6. Proses Pengukuhan

Pada tahap ini, klien akan menjelaskan dan menerangkan dengan lebih teliti tentang perasaannya dan menentukan alternatif lain serta mengamalkan kemahiran- kemahiran yang baru.

7. Proses Perancangan

Pada peringkat ini, rancangan tindakan yang khusus perlu dilaksanakan sama ada rancangan untuk meneruskan atau menamatkan sesi kaunseling.

8. Proses Penamatan

Pada peringkat ini, setelah mendapati klien boleh berdikari dan yakin terhadap tindakan yang diambil, kaunselor berhak untuk menamatkan sesi kaunseling yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien.

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING

TEORI SIGMUND FREUD




Nama : Sigmund Freud
Tarikh lahir: 6 Mei 1856
Tarikh Kematian: 23 September 1939

Latar belakang :
-Dikenali sebagai ‘Bapa Psikoanalisis’
-memperkenalkan tahap kesedaran manusia serta
 3 komponen personaliti.

Alam sedar menurut Freud

↠Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar.

↠Merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan.

↠Beroperasi pada permukaan personaliti seseorang dan hanya memainkan peranan yang
    kecil dalam perkembangan personaliti.

Alam Pra Sedar menurut Freud

↠Alam pra sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar

↠Jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula 
   dan mampu menyedarkan.

Alam Bawah Sedar menurut Freud

↠Meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia.

↠Mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudan.


↠Keadaan mental ini diluar kesedaran seseorang.
↠Merangkumi peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan, trauma, penderaan 
   dan kesedihan yang teramat sangat.
↠Memori ini akan berada di bawah sedar dan mungkin diluahkan oleh individu 
   secara tidak langsung.

TEORI STRUKTUR PERSONALITI

ID
Individu yang belum mengenal dunia luar.
↝Berpandukan prinsip keseronokan dan berusaha memenuhi kehendak naluri.
↝Objek sasaran bagi mencapai kepuasan adalah bergantung kepada tahap
    perkembangan psikoseksual individu.

EGO
↝Struktur personaliti berbeza tetapi masih hampir dengan ID
↝Dikenali sebagai komponen eksekutif .
↝Perkembangan ego bermula kira-kira  pada umur 2 tahun
↝Tindakan ego adalah ditentukan oleh prinsip realiti

SUPER EGO
↝Muncul ketika sekitar umur 5 tahun
↝Strukrur personaliti berkembang sebagai desakan luaran.
↝Membabitkan penyerapan piawai  moral yang diamati oleh ego
↝Piawai yang menentukan tingkah laku yang bersikap positif atau negatif.
↝Superego dan ID sentiasa berada dalam keadaan berkonflik dan peranan ego
   adalah untuk menyelesaikannya 


TEORI PERSONALITI FREUD

⥇Beliau mengemukakan gagasan motivasi yang membawa maksud sebagai penggerak 
   biologi bagi menghasilkan tenaga mental.
⥇Berperanan untuk mengurangkan tenaga penggerak melalui aktiviti yang memenuhi 
   halangan superego.

Sigmund Freud telah mengenalpasti naluri terjadi berasaskan kepada dua jenis penggerak iaitu :
-Naluri Hidup
-Naluri Mati 

⥇Sigmund Freud menganggap bahawa kebimbangan memainkan peranan utama dalam
   memenuhi keperluan, mewujudkan keseimbangan personaliti.

⥇Kebimbangan dianggap sebagai ketakutan berselerak yang timbul sebagai jangkaan 
   terhadap keinginan yang tidak tercapai atau kecelakaan tidak diduga.

Freud juga telah mengenalpasti terdapat 3 jenis kebimbangan iaitu:

-Kebimbangan realiti/objektif
-Kebimbangan neurotik
-Kebimbangan moral

⥇Teori frued memberi keutamaan juga kepada perkembangan kanak-kanak.
⥇Gangguan neurotik dialami orang dewasa berpunca dari pengalaman silamnya.
⥇Freud juga menghuraikan tahap perkembangan psikoseksual iaitu setiap tahap 
   memiliki ciri-ciri tersendiri yang ditentukan oleh prinsip keseronokan.

TEORI KAUNSELING


TEORI GESTALT
LATAR BELAKANG TOKOH

-Dilahirkan di Praha pada tanggal 15 April 1880 dan meninggal pada 12 Oktober 1943.
-Beliau diangggap sebagai orang yang mengasaskan psikologi Gestalt bersama-sama dengan Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka.
-Beliau mempelajari ilmu hukum selama beberapa tahun sebelum mendapat gelaran Ph.D dalam bidang psikologi.
-Kemudian diangkat menjadi professor dan sempat bekerja di beberapa universiti di Jerman sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat akibat peperangan di benua eropah pada 1934.
-Bekerja di New School for Research, New York ketika di Amerika sehingga akhir hayatnya.

PANDANGAN TOKOH TERHADAP TEORI

-Perkembangan yang terganggu adalah tidak terjadi keseimbangan antara apa yang harus dan apa yang diinginkan.
-Individu bermasalah kerana ketidakmampuan seseorang dalam mengintegrasikan pemikiran, perasaan dan tingkah lakunya.
-Manusia mengendalikan diri sendiri dengan berkesan sekirannya mereka menyedari apa yang berlaku disekitarnya.

TUJUAN

-Tujuan utama terapi ini ialah pencapaian kesedaran.
-Membantu klien agar berani menghadapi pelbagai rintangan hidup mahupun dan yakin terhadap potensinya .
-Klien haruslah dapat berubah daripada kebergantungann terhadap orang lain dan percaya pada diri sendiri.



PRINSIP KERJA TEKNIK KAUNSELING GESTALT

-Penekanan tanggungjawab klien :
Kaunselor bersedia membantu klien tetapi perlu mengambil tanggungjawab terhadap klien.
-Orientasi sekarang dan di sini :
Tidak mengungkit masa lalu atau perkara yang tidak sedar.
-Setiap manusia mempunyai realiti tersendiri :
Pendekatan ini percaya manusia sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya.

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING GESTALT

-Permainan raptai
-Bermain dengan projeksi
-Permainan melebih-lebih
-Kekalkan dengan sesuatu perasaan
-Making the roung


APLIKASI TEORI GESTALT

- Pengalaman tilikan
- Pembelajaran yang bermakna
- Perilaku bertujuan
- Prinsip ruang hidup
- Aplikasi dalam pembelajaran

PRINSIP-PRINSIP , KEPENTINGAN, ETIKA & JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING


1) Peluang
Setiap orang berpeluang untuk mendapatkan sesi kaunseling. Bukan orang sahaja orang yang
bermasalah malahan orang yang tidak bermasalah berpeluang untuk mendapatkan kaunseling yang
sama rata. Ini bermakna bukan orang yang mempunyai masalah sahaja yang boleh mendapatlkan sesi
kaunseling. Selain itu, sesi kaunseling juga tidak mengira kaum, latar belakang, agama, kepercayaan
dan status sosial. Maksudnya di sini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan sesi kaunseling tanpa
mengambil kira bangsa, kaum, latar belakang dan sebagainya

2) Tanggungjawab bersama
Dalam setiap sesi kaunseling, kaunselor dan klien perlu mengetahui tanggungjawab mereka antara
satu sama lain. Pihak kaunselor dan klien perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memudahkan
lagi urusan kaunseling. Sebagai contoh, pihak kaunselor perlu sedar bahawa beliau bertanggungjawab
untuk membantu menyelesaikan masalah klien manakala klien pula perlu sedar bahawa dia
bertanggungjawab sebagai klien agar sesi kaunseling berjalan lancar tanpa berlakunya masalah.

3) Hubungan mesra dan kepercayaan.
Berbalik kepada definisi kaunseling iaitu interaksi antara kaunselor dengan klien berdasarkan prinsip
hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur. Hal ini bermaksud bahawa pihak kaunselor perlulah
membina hubungan mesra antara kaunselor dengan klien kerana apabila berlakunya kemesraan antara
satu sama lain pasti akan wujudya kepercayaa. Apabila wujudnya kepercayaan, bermula dari sinilah
klien akan lebih yakin untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalahnya kepada kaunselor.

4) Tidak boleh dipaksa
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya diberikan kepada individu yang sukarela untuk
mendapatkan kaunseling. Kita sebagai pihak kaunselor tidak berhak untuk memaksa setiap individu
untuk mendapatkan sesi kaunseling. Hal ini kerana apabila kita memaksa individu tersebut, maka dia
akan merasakan bahawa kaunselor tersebut tidak dapat memahami dirinya dan tidak mampu untuk
membantunya menyelesaikan masalah. Setiap individu diberi peluang dan ruang sama ada untuk
menggunakan perkhidmatan kaunseling atau tidak tanpa ada sebarang paksaan.

5) Dijalankan di dalam bilik khas.
Sesi kaunseling akan dijalankan di tempat yang khas bukan tempat sembarangan. Hal ini kerana sesi
kaunseling hanya boleh dijalankan atau diselesaikan antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik
khas yang telah disediakan. Bilik kaunselingnya perlulah tertutup dan tidak terbuka sehingga orang
ramai boleh melihat keadaan kaunselor dan kliennya yang sedang berbincang. Suasana bilik yang
disediakan tersebut juga perlulah dalam keadaan selesa tanpa ada gangguan supaya dapat memberi
keselesaan ketika sesi kaunseling dijalankan.


6) Mengikut prosedur atau tatacara.
Perkhidmatan kaunseling ini perlu dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur yang 
ditetapkan. Sesi kaunseling ini hanya akan berkesan apabila ianya dirancang secara sistematik dan
teratur. Apabila sesi kaunseling dijalankan tidak mngikut prosedur yang ditetapkan, kemungkinan
sesi kaunseling tersebut tidak dapat dijalankan dengan baik.

7) Diurus mengikut etika.
Setiap sesi kaunseling akan dijalankan mengikut etika yang ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk
memelihara hak klien. Ini bermakna maklumat-maklumat klien yang ada pada kaunselor adalah sulit
dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama bukan pihak sembarangan. Jika maklumat
klien didedahkan kepada orang lain maka ianya dikira hak klien tersebut tidak dijaga sebaiknya dan
akan menjadikan klien tersebut tidak lagi mempercayai perkhidmatan kaunseling yang diadakan.

8) Dijalankan dalam situasi persendirian.
Perkhidmatan kaunseling ini sebaiknya dijalankan dalam situasi persendirian. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan klien kita rasa terganggu apabila terlalu ramai orang. Selain itu, apabila sesi kaunseling
ini dijalan secara persendirian, klien akan lebih rasa yakin, selesa dan tidak malu untuk menceritakan
masalahnya kepada kaunselor berbanding dengan adanya ramai orang di sekeliling.

9)Merancang tindakan susulan.
Setiap tindakan susulan akan dirancangkan selepas proses perkhidmatan kaunseling. Hal ini bertujuan
untuk memastikan masalah apa yang dihadapi oleh klien. Selepas mendengar, memahami, dan 
berbincang, setiap kaunselor akan membuat tindakan susulan sebaik yang mungkin tanpa terburu
buru. Ini bagi memastikan kaunselor dapat mengelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh klien
dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

10)Diuruskan oleh kaunselor bertauliah.

Perkhidmatan kaunseling ini perlulah dijalankan oleh para kaunselor yang bertauliah. Sebagai contoh,
guru-guru atau orang yang berupaya untuk membimbing klien menyelesaikan masalah. Untuk
memastikan sama ada seseirang kaunselor itu bertauliah atau tidak adalah melalui sijil pertauliahan.
Setiap kaunselor yang bertauliah akan dikurniakan sijil bagi menjalankan sesi kaunseling.
Ini bermakna perkhidmatan kaunseling ini tidak boleh dijalankan oleh orang sembarangan.



KEPENTINGAN KAUNSELING

⧫Membantu memberi penyelesaian dan memberi bantuan kepada klien.
⧫Membantu menyelesaikan masalah secara profesional.
⧫Memberi nasihat dan bantuan kepada yang memerlukan.
⧫Merupakan sumber maklumat yang boleh dipercayai.
⧫Dapat meningkatkan konsep keyakinan diri klien.

ETIKA KAUNSELING

➤Meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.
➤Menjaga tatalaku demi memelihara profesion kaunseling.
➤Bertanggungjawab terhadap klien dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien.
➤Menjaga kerahsiaan
➤Penjelasan mengenai batasan
➤Menghormati hak-hak klien.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING

↪ Kaunseling Individu
↪ Kaunseling Kelompok
↪ Kaunseling Kerjaya
↪ Kaunseling Keluarga

↪ Kaunseling Perkahwinan

MATLAMAT KAUNSELING





MATLAMAT KAUNSELING

•Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif

Kaunseling dapat membantu mengubah tingkah laku kehidupan yang lebih produktif
kerana apabila berlakunya sesi kaunseling, para kaunselor akan membantu 
kliennya untuk menyelesaikan masalah. Dalam pada masa yang sama para 
kaunselor juga akan memberi serba sedikit nasihat atau cadangan kepada kliennya 
untuk meruskan kehidupan dan sekali gus mampu mengubah tingkah laku mereka 
kepada kehidupan yang lebih produktif.

Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain

Dalam sesi kaunseling juga ianya mampu untuk membantu klien memulakan dan 
meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain. Sebagai contoh, ada seorang 
klien yang mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang sekeliling dan hanya menjadi orang yang
pasif bila bercampur dengan orang lain. Jadinya, klien tersebut meluahkan 
kepada kaunselor dan kaunselor akan mengambil tindakan untuk memulakan sesi 
kaunseling bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kliennya tersebut.
Jadinya, para kaunselor akan menyelesaikan masalah kliennya tersebut dengan mendengar,
memahami dan memberi cadangan atau nasihat kepada kliennya. Melalui sesi kaunseling inilah, 
klien tersebut mampu untuk menambahkan keyakinan klien itu untuk memulakan dan 
meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain.

•Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif

Sesi kaunseling dapat membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif ialah apabila 
seseorang itu mempunyai masalah seperti berasa sedih, tertekan, gelisah dan tidak tahu 
untuk menguruskan kehidupannya, dia berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bantuan
bagi menyelesaikan masalahnya tersebut. Dalam pada masa yang sama, pihak kaunselor 
akan berusaha untuk membantu kliennya itu untuk menyelesaikan masalahnya. Kaunselor 
akan membantu kliennya melalui cara memberi nasihat dan cadangan kepada klien secara 
berkesan. Melalui kaunseling ini benarlah bahawa ianya dapat membantu klien mengurus diri 
dengan lebih efektif.

•Membantu klien untuk membuat keputusan secara rasional

Sesi kaunseling bukan sahaja untuk kita meluahkan perasaan atau menceritakan masalah
 kepada kaunselor, malahan dalam sesi kaunseling juga kita boleh meminta pendapat pada 
kaunselor untuk membuat keputusan secara rasional. Ini bermakna, jika seseorang itu tidak
tahu atau keliru ketika ingin membuat keputusan, dia boleh terus berjumpa kepada 
kaunseling. Sesetengah orang akan membuat keputusan ikut kehendak dan terburu-buru 
tanpa memikirkan kesannya. Jadinya, untuk langkah yang lebih selamat, seseorang itu 
perlulah berjumpa kaunselor untuk meminta pendapat atau berbincanag dengan kaunselor 
untuk membuat keputusan secara tepat dan memberi kesan yang baik pada akhirnya. Maka 
benarlah bahawa membuat keputusan dengan ada bantuan dari para kaunselor adalah 
lebih baik daripada membuat keputusan sendiri.

•Membantu dalam penyelesaian konflik

Sesetengah orang akan mempunyai masalah dengan orang lain. Dalam pada masa yang sama
akan berlakunya konflik antara mereka. Namun begitu, melalui sesi kaunseling kita pasti 
bahawa ketegangan antara seseorang individu dan individu lain pasti akan dapat dikurangkan. 
Hal ini kerana para kaunselor akan membantu untuk menyelesaikan masalah antara 
kedua-duanya. Sebagai contoh. Kaunselor akan menasihati klien-kliennya agar dapat
menerima perbezaan antara satu sama lain. Para kaunselor juga akan berusaha untuk
memberi nasihat dan cadangan kepada klien-kliennya agar mereka dapat lebih bersifat 
terbuka dan menerima orang lain dalam hidup mereka. Jadinya, benarlah melalui kaunseling 
dapat membantu dalam menyelesaikan konflik.

Friday 13 July 2018

BIMBINGAN DAN KAUNSELING & PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Konsep Bimbingan
☁️ Proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan                        potensi mereka supaya dapat membuat pilihan yang baik dan bijak dari aspek peribadi,                        sosial, akademik, demi kepentingan individu.
☁️ Proses pendidikan bagi memberi pertolongan positif kepada individu faham dirinya sendiri.

Konsep Kaunseling
☁️ Interaksi yang membolehkan individu untuk memahami diri dan situasinya.
☁️ Kaunseling juga merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan      kliennya yang membawa perubahan  kepada kliennya.
☁️ Kaunseling juga merupakan suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar        tentang dirinya dan bagaimana ia dapat atasi masalahnya.
☁️ Menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang menerokai aspek diri dan                kehidupannya yang menimbulkan masalah.
☁️ Pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses  membantu individu untuk mencapai                  kehendaknya membimbing dan menilai potensi yang ada pada individu.



PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIMBINGAN
ASPEK
KAUNSELING
Mempunyai Sijil
Profesional
Bertauliah dan mempunyai kepakaran
Di mana-mana dan terbuka
Tempat
Tempat khas, bilik kaunseling atau bilik tertutup
Tidak terikat dengan masa
Masa
40 minit hingga 1 jam (mengikut kes)
Mengikut satu teori
Teori
Mengikut kes atau kajian





RUMUSAN DAN RUJUKAN BIMBINGAN & KAUNSELING

RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Rumusan yang diperoleh dalam mempelajari mata pelajaran bimbingan dan kaunseling ialah dengan adanya p...